Tuesday, October 5, 2010

kisah kampung tali pusat berjela (bahagian 1)


“Assalamualaikum...” lunak suara gua memberi  salam. Gua pandang Siti Mawar sebelah gua. Dia ni nama jer Siti Mawar tapi kekadang bau dia cam mawar gugur selepas ribut taufan tsunami. Huk..dia tersengih macam kerang rebus tengok gua. Gua senyum ala kadar jew..malas nk senyum manis-manis, kang dia ingat gua nak bodek pulak. 

Gua garu kepala yang tertutup dengan tudung Yuna. Fesyen kata nyer.. “Agaknya xde orang kot Mawar”, interaksi gua kepada Siti Mawar. Dia hanya megangkat kedua2 belah tangannya yang jarinya tangan kirinya terlebih satu itu. Manik2 jernih sudah membasahi dahi gua yang terasa seram sejuk dengan persekitaran rumah Wak Supawi. Siti Mawar juga nampak gelisah pada pandangan serong gua pada dia. Seperti itik pulang petang lagaknya. ‘Uh..penakut’, hati gua berbicara.

“Waalaikummussalam...”. kedengaran suara garau ala2 Ramli Sarip dari dalam rumah kayu itu. Siti Mawar terus peluk gua. Gua terhenyak! Huh...terkejut monkey gua. Bukan terkejut dengan suara rock tu tapi terkejut dengan reaksi Siti Mawar. Nak aja gua hempuk dia dengan tiang seri rumah kayu tersebut sebab da memeranjatkan gua. “Woi..ape nih”, marah gua dengan nada perlahan takut didengari oleh isi rumah tersebut. Siti Mawar tersengih seraya melepaskan pegangan tangannya pada bahu gua. Gua nampak mukanya yang tegang setegang urat dawai..

Pintu dibuka dari dalam. Tersembullah wajah kerut sejuta rupee milik Wak Supawi. Gua dan Siti Mawar tersengih memandang susuk tubuh Wak Supawi yang perlahan2 menuruni eskulator rumah kayu tersebut. “GilaK canggih rumah nih!”, jerit hati kering gua.

Riak muka Wak Supawi seperti terganggu oleh kedatangan kami. Mungkin kerana kami menggangu tidor beliau kot. Agaknya kedatangan kami adalah pada waktu dan masa yang tidak sesuai. Eh..bukan agak, memang xsesuai kerana angka di jam tangan casio gua sudah menunjukkan pukul 11.59 malam. 

“Err..maaf wak kalo kami menganggu malam2 bute nih”, gua berbasi2 dengan Wak Supawi. 

“Kamu baru sampai ke”, suara rock Wak Supawi kedengaran di cuping telinga gua. Gua dan Siti Mawar mengangguk serentak. Agak takut dan cuak jugak bila bertemu dengan Wak Supawi nih. Yela, 1st time jumpa. Sebelum ni Cuma webcam lam YM jew..hekhek...

“Kamu nak pergi rumah tu sekarang kew nak check in rumah Wak dulu?”, Tanya Wak Supawi sambil mengusap2 bulu idungnya yang panjang. Nak termuntah gua melihat reaksi beliau. 

“Eh, boleh ke Wak?”, tanya Siti Mawar seperti kebingungan. Gua siku perut Siti Mawar menggunakan tenaga kuda padi gua. Dia mengaduh kesakitan. ‘Huh..mengada’, jeling manja gua pada Siti Mawar.

“Errr...xngapela wak, kami nak tengok umah tu sekarang. Kalo boleh nak tido disana jelah”, jawab gua dengan sopan dan santun. Wak Supawi berdehem dan berlalu masuk kerumah dengan menaiki eskulator. Lain bebeno bunyi nyer. Bulu roma gua yang gua bela sejak sekolah rendah lagi berdiri tegak.

“Beb, sorila aku siku ko. Mulut ko tuh...aish...jaga sikit. Kita ni kat tempat orang”, nasihat gua sambil mengangkat tangan kanan gua seperti pengceramah Ustazah Siti Nurbaiyah. Mak gua peminat dia tuh..huk..

 “Ala beb...aku mana tau xleh tanya soalan tu. Aku da ngantuk tahap labu sayong ni beb..mana wak nih?”, Siti Mawar membalas sambil mengosok2 matanya yang sepet seperti ikan sepat.

 “Woit, dari kl sampai sini aku yg drive, sedangkan ko membuta je kat sebelah xde plak aku mengantukkan?”,jerit gua pada Siti Mawar. Dia Cuma tersengih2 jer. Da tau bersalahlah tu..huh..

“Apa bising2 ni?”, tegur Wak Supawi yang keluar dengan denim Levi’s  dan baju pagoda. Dicover dengan baju kot diluar. ‘pergh..macam nak g present BEL  pulak’, gua berintonasi sendiri. Siti Mawar pandang gua serong lalu mengangkat keningnya seperti The Rock sambil tersengih. Gua tidak megerti maksud yang tersurat dan tersirat pada pandangan mata sepet beliau.

“Ayuh..berangkat sekarang”, ajak Wak Supawi sambil menyarung kasut crop bersama stoking cap adibas.

“Jauh tak wak dari sini?”, Tanya Siti Mawar yang sejak dari tadi ternganga memandang Wak Supawi. Mungkin kagum dengan dress up Wak Supawi mungkin.

“Lebih tak kurang  2 jamla, itu ponw kalo jalan kaki”, jawab Wak Supawi sambil ketawa terkedek2. Gua pandang Siti Mawar, Siti Mawar pandang gua. Kami mengangkat bahu.

Setelah melihat tiada respon baik daripada kami, Wak Supawi men’pause’kan ketawanya. 

“Kamo naik kereta ye?”, Tanya Wak Supawi. Kami menangguk. Sudah terang lagi bersuluh Kalimantan kami menaiki kerana kami sedang bersandar pada bonet kereta ketika itu. Mungkin Wak Supawi masih berada di’lala land’ pada waktu itu. 

“Tak pelah, kamo naik kereta, wak naik basikal”, terang Wak Supawi sambil mengheret keluar basikalnya dari garaj rumah kayu tersebut. 

“Eh, wak..naikla dengan kami sekali. Kang jauh...”, gua berbasi lagi.

“Tak pela, nati wak nak balik senang”, terang Wak Supawi sambil bersedia untuk megayuh basikal BMX nyer.

Kami menangguk dan berlalu menghidupkan enjin kereta Proton Saga buatan Malaysia. Kami membuntut Wak Supawi dari belakang. Suasana Kampung Tali Pusat Berjela itu sangat gelap dan sunyi. Wak Supawi mengayuh basikal BMX nyer hanya menggunakan lampu dari kereta gua jer. 

‘Sangat berani wak ni”, gua berdialog lagi. Gua pandang Siti Mawar yang berada disebelah dan kelihatan sudah mahu terlelap.  Gua mencebit.

Gua kembali menumpukan perhatian pada pemanduan gua. Almaklumla, kali pertama melaluai jalan tersebut. Tiba2 gua sentap! Eh...mana Wak Supawi?? Takkan pecut laju sangat kot??

Gua pandang kiri kanan. Tak ada? Dia belok kanan kah? Kiri kah? Tapi tiada simpang atau jalan bengkok bengkang. Hanya jalan lurus jew. Kiri kanan jalan Cuma ada parit yang gua tak pasti kedalaman nyer kerana malam gelap gelita. Gua cuak...

bersambung........

2 comments:

  1. bro....aku suke la..xsngke ko hebat gak kn..hahahahha

    ReplyDelete
  2. hekhek.......haku mmg gempax..ahakzz..ter'riak lak..

    ReplyDelete