Saturday, November 6, 2010

aku peminat bola

aku mmg minat bola sepak tapi jangan tanya aku pepe sal bola bab aku kurang arif. aku suka tengok tapi jer...aku layan semua bola. luar atau dalam negara. tapi xdinafikan aku lagi suka tengok corak permainan bola sepak dari luar negara. diorang nyer semangat nak menang tuh, perghh...membara. hak...mmg.......aku sangat suke Portugal dengan Itali bab ada cristiano ronaldo nga kaka. hakhak....



kisah kampung tali pusat berjela (bahagian 2)

‘eh, mn wak nih? Xkan nk maen hide and see kot’, gua berhalusinasi sendiri. Menoleh sebelah kiri gua, siti mawar memang tak terkutik dari tidurnya walaupown seekor nyamuk aedes telah mengjadikan pipi puteh gebu nyer sebagai sungai untuk minum air. ‘mmg tido mati’, getus gua.

Gua cube panggil nama siti mawar dalam nada romantik untuk tidak membuatkan beliau panik tp nyata sahutan gua Cuma sebagai ajgin lalu sahaja. Hampeh..!! gua mendapat satu akal yg sngt panjg. Gau tetiba lajukan speed kete n brek secara membabi buta.

Sreeeettttttt.....bunyi tayar kereta buatan Malaysia gua berngaum. Siti mawar terdorong kedepan dalam kemamaian. ‘Tulah, sape suh xpakai tali pinggang keselamatan? Langsung xsahut seruan kerajaan’, sempat lagi gua iklan didalam hati.

“wehh..pesal2? kenapa bebe? Ada ungka melintas ke? Ke siput babi?”, Tanya Siti Mawar dengan gelabah taik nyer sambil membetulkan tempat duduknya.

“Pale lutut ko berbulu..!!”, jerkah gua. Panas hati gua. Uh..xpenah berubah!

“Kita dah sampai ke bebe?”, Tanya Siti Mawar lagi tanpa menghiraukan hati,perasaan dan limpa gua yang sngt terbakar dek sikapnya.

“Otak2 ko da sampai! Wak supawi hilang, kau tau x?”, terang gua sambil menguatkan econ kereta. Kang der gak mati terbakar kang..

Mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut gua, siti mawar ternganga. Matanya pejam celik pejam celik seperti sedang memandang artis pujaan nyer, Whitney Houston padahal dia sedang memandang gua. Haiya..minah ni nak kena luku gak nih..

“Bebe, ko jgn memain beb...ak xsuka memain pg2 nih”, kata Siti Mawar dengan xkeruannya. Sesekali beliau mengosok2 lehernya yg jinjang. 

“Pe lak memain bebe, ak ckp betul ar..tadi dia ada kt depan pastu tetiba ilang lak. Nk kata dia masuk sempang, mmg xde jln lg da bebe”, gua berjeda. Gua cuba berlagak tenang untuk tidak menambahkan kekalutan dimata Siti Mawar sbb gua mmg tau yang minah jawa nih cepat mengelabah lagila kalo bersama org yang terlebih2 gelabah nyer.

“Alahai....bebe, mcm mn ni?? Xkan wak supawi kena sorok nga antu kot?”, Siti Mawar bersuara dalam kekalutan dan kegigilan.

“Woii...mulut lu mmg bau petai ar bebe!”, marah gua. Tapi gua pown piki camtu gak. Bistu xkn tetibe jew wak supawi leh ilang. Dalam kepekatan malam sepekat kopi dara, gua ajak Siti Mawar turun dari kereta untuk mencari Wak Supawi. Namun idea bernas gua ditolak mentah2 tanpa digoreng dulu oleh Siti Mawar. Alasanya, kaki beliau da xleh nk berdiri kerana terlalu takut.

“Arghhh....ak xpeduli! Ko kena teman aku gak”, gua terus mengasak Siti Mawar untuk turun bersama gua. Gua mmg xberani keluar sorang2, lgla bila mengenangkan persekitaran jln yg sangat menakutkan.

Gua mencapai lampu suluh didalam dashboard. Gua pandang Siti Mawar sebelum melangkah keluar. Gua senyum pada beliau dengan reaksi seolah2 gua dirasuk setan. Beliau cuak dengan reaksi gua. Gua ketawa. “Hah..!! hamek ko..”, gelak gua dlm hati.

“Ala beb..gua takutla”, renggek Siti Mawar sambil melentokkan kepala pada kusyen kereta. Gua tau sangat da tektik tu. Nk suh gua kesian ar tuh..

“Tak de2..cpt turun”, arah gua sambil membuka pintu kereta. Dengan muka semasam asam boy, Siti Mawar keluar. Cepat-cepat beliau berdiri dibelakang gua. Gua rasa tangan beliau sejuk tak kala beliau meyentuh lengan gua. “Penakut abes..”, gua berkata dengan nada perlahan. Siti Mawar menunjukkan gigi nyer pada gua. Tersengih cam kupang rebus.

“Jom kita tegok kt blkang kete. Ntah2 gua da langgar Wak Supawi”, gua berkata. Masih dengan nada perlahan.

“Hah?!!..kau langgar Wak Supawi??!”, Siti Mawar menjerit seperti wanita kena sawan + meroyan. Cepat2 gua tekup mulut beliau menggunakn tapak kasut Converse gua.
“Ko ckp xpakai mic, xleh kew?”, gua mengcelikkan mata gua.

“Tuiii..tuiii...oiii..main kotor!”, jerit Siti Mawar sambil mengesat mulutnya menggunakan tisu tandas yang dicopek masa kami beristerirehat di hentian rehat td.

“Jgn bnyk ckp..ikut blakang aku..”, arah gua. Siti Mawar dengan sepantas kilat pegang blakang baju gua.

“Kalau tul2 lu langgar pak sipawi camne beb? Xkan kita kena pegang title banduan lak pasni? Gua xnak bebe..gua lum kawen lg. Nanti sape nk terima gua jadi menantu bebe...”, bebel Siti Mawar dengan nada cam orang nk mintak penampo versi laju-laju. Gua diam. Ada kebenaran disebalik kata2 Siti Mawar. Gua pown sama, dalah pakwe pown xde. Huk...

Kami bergerak ke belakang kereta. Gua periksa bawah kereta. Manalah tau kot2 mmg gua dah terlanggar Wak Supawi. Tapi kosong. Gua lega. Makne nyer gua bukan pembunuh. Gua panggung dagu. Menggosok2 dagu ala2 bujur sirih gua. “Ermmm....”, gua mengeluh. Siti Mawar pandang gua. Gua pandang beliau.

“Mungkin Wak Supawi jatuh parit x?”, tetiba Siti Mawar bersuara. Gua pandang dia.
“Jom kita g tengok”, gua ajak Siti Mawar. Beliau membatukan diri bila gua tarik tangan gua untuk membuntuti gua. Gua mencebik.

“Lu nk ikut gua ke lu nk mati kat sini?!”, jerit gua separa kuat. Siti Mawar bulatkan mate. Gua angkat sebelah bibir mungil gua.” Hahahahhahaha...” gua ketawa dengan kuat.
“Bebe.. janganlah macam ni..”, rayu Siti Mawar.

“Ikut gua!”, arah gua. Gua tarik tangan beliau. Sebenarnya gua takut g sorang2, tu yang gua pakse Siti Mawar ikut gua. Siti Mawar rela dalam keterpaksaan. Hah..ada gua kesah?!!
Sesampai je tepi jalan, gua menghalakan lampu suluh kearah parit yang xbrape dalam. Kosong. Yang ada Cuma sampah sarap, pampers, plastic dan lain2 sampah. “Urghhh....teruk! langsung xjg kebersihan”, sempat gua membebel dalam hati.

“Ada tak bebe?”, Tanya Siti Mawar. Gua geleng kepala. Siti Mawar mengeluh.

“Gua takut ni bebe”, Siti Mawar bersuara lagi. Kali ni suara seperti mahu meminta sebutir burger daging Ramli. 

“Gua pown takot. Tapi kita kena carik Wak Supawi, kalo tak macam mana kita nak pergi umah tu? Wak Supawi jew tahu umah tu kat mana”, terang gua pada Siti Mawar. Gua tarik tangan Siti Mawar kearah kereta. Beliau mengikut seperti kerbau dicucuk hidung. “Mungkin dah tiada hati nak hidup agaknya dia ni”, monolog gua lam hati.

Sesampai je di kereta, gua dan Siti Mawar masuk kedalam perut kereta. Kami tergamam. Masing- masing ternganga mulut. Masing-masing pandang depan pastu muka masing- masing.

“Bebe, lu Nampak tak apa yang gua Nampak?”,Tanya Siti Mawar tanpa pandang muka gua. Gua angguk laju walaupun gua tahu yang Siti Mawar xpandang gua, mungkin dia xnampak gua angguk.

“Gua Nampak bebe..”, gua jawab tanpa pandang muka Siti Mawar. Tumpuan kami tetap pada bahagian hadapan kereta. Ya.....kami pandang depan kerana terdapat sekeping kertas tersangkut pada viper kereta buatan Malaysia milik gua. Kami mengigil. Apakah???

“Bebe, lu ambikla nota tu...”, arah Siti Mawar dengan mulut terjuih menhala pada kertas tersebut.

“Kenapa gua??!!”, jerit gua. Siti Mawar pandang gua. Mungkin terkejut cimpazi dengan suara gua.

“Sebab ni kete lu...”, padat dan perlahan jawapan Siti Mawar. Gua protes dengan berpura2 mengorek hidung. Siti Mawar paham dengan tindakan gua. Beliau mencebik dengan muka cam katak kena sembelit. Gua peduli ape, gua mmg takot!

Dengan lagak berani yang dibuat2, Siti Mawar melangkah keluar. Dengan sepantas kilat, beliau megambil kertas tersebut dan dengan sepantas kilat jugakla dia masuk dalam perut kereta. Gua ternganga. Kagum dengan kepantasan Siti Mawar tapi tiada hati mahu memuji beliau. Gua berhati busuk seketika.

“Sape bagi? Dia tulis ape?”, bertalu2 soklan gua pada Siti Mawar.

“Nah, baca sendiri”, beliau menyerahkan nota tersebut pada gua.


“Chiss....hampepeh nyer Wak”, balas gua dengan nada tak puas hati. Dah separuh perjalanan, dia leh patah balik semata2 nak berak?? Arghh......!!! Marah gua sambil mengumpal kertas yang bertulisan cakar ayam tersebut.
bersambung.........

Friday, November 5, 2010

pesan orang tua-tua


mesti korang sll denga perkataan ni ms kecik2 dulu kan?? hahhaa..
ak pown sll gak kena marah nga mak ak sal sll duk atas bantal. dan yg pelik nyer xde lak ak nek bisul wlpn sll jdkkn bantal sebagai asal buntut ms tgk tibi.
orng tua2 mmg bnyk pantang larang. huhu...biasalah..mereka idup lg lama dr kita. bab kata pepatah, mereka lebih bnyk mkn garam dr kita. (nsb bek xkena drh tinggi)

moral: dengarlah ckp mak. jgn jdk anak derhaka.

Wednesday, November 3, 2010

aku xsuke NOMBOR!!


 aku mmg meyampah nga nombor nih bab tu ak xsuke matematik..
tp ada satu nombor aku suke n aku sll dpt dan kadang2 berusaha untuk dpt nombor ni masa sek rendah. hakhak..tp no lain lak yg aku dpt..(5 keatas, keh..)


no kesukaan aku. hakhak...

kaitan no 7...

cristiano ronaldo 

aidil zafuan

david beckham

yearghhhh..!!!

mereka bukan GAY


bj hitam: sumpah..i xde ape2 nk si polan tu..
bj merah: u tipu!!! i nmpk u pegang tangan dia..xsuke tauuuu...(merajuk)

pasangan GAY: kami bahagia..!!!

kanan: u buat muka taik cute, i buat muka ganazzz...
kiri: i rasa i da cukup cute da..
kiri: u..!! jgnla pegang buntut pinggang i..
kanan: ala u nih..nk manje pown xleh...

purple: u ada dcc i, i rs semangat nk wak keje.
merah: i tau..tu yg i dtg bg semangat kt u..chaiyok hubby..!!
kiri: yang, perangai tu elok ckit. mak mertua u ada kt depan tuh..
kanan: owh..aiii, mak..eh, mak cik...

moral: didiklah anak2 anda menjadi manusia yg normal bukan abnormal!!

sila GOOGLE

perbualan telefon:

ex pakwe: saya nk kita mcm dulu..
ex makwe: mcm mn? awk nk rujuk balik?
ex pakwe: bila lak kita kawen? bl lak kita cerai?
(stupid2..!! ex makwe meyumpah lam hati)
ex makwe: saya da ada penganti awk..
ex pakwe: hah??? siapakah??
ex makwe: Julian Casablancas.
ex pakwe: siapakah??
ex makwe: gi GOOGLE..
ex pakwe: hah????
tut..tut...tut...tut...

 honeyku...

keAZABANA yg hilang

pergh....
ari ni mmg haku rs lega sesangat bab da selesai assessment. rasa cam baru pas berkhatam jew. (???..apakah? ak nah berkhatam kew??)
walaupun hampeh menyelubungi diri, namun ak ttp gagahkan hati dan cekalkan jiwa menghadapi kata-kata nista dari lect haku yg mmg menusuk kalbu n jiwa haku yg rapuh nih..
hak..da mmg ko salah! trima jela..hukhuk....
namun, ak gembira dan bersuka suki bab da selesai...arghhh....lega. rasa cam nk terjun bangunan lapan tingkat pown ada bab lega sangat. keputusan?? tunggu....

 

ABCdefghijklmnopqrstuvwxyz

warghhh....!!
da lame x tulis entri..!! bz katenyer...
cite ni da lame tp pesal ntah br skrng ak nk cite, ehekzz...

pada suatu hari  tuh, membe haku ajak g sek 2, beli barang kt Master Art ( kedai yg mmg terkenal dikalangan dak2 art n design). kami pergi menaiki bas rapid. (1st time nek bas tuk sem nih).
sesamapi je kt cna, kami belila brng2 pastu membe haku ajak g beli ABC. ak on jer memandangkan cuaca pown ala-ala kt africa, panas giler..mmg eummmph ar kalo dpt pekena ABC. 
sesampai je kt kedai ABC tuh, ak pesan ABC bungkus 2. tetiba jew brother tuh kuakan ABC bungkus dr peti ais beliau. ak tergamam..
ak x mngeluarkan sepatah halal pown perkataan selain drpd mulut haku yang ternganga. ak buat muka pelik. tp ak mmg rs pelik sngt..brother tu gelak..membe haku pown ikot gelak..
warghhh...bukan itu yang ak nk...haku nk ABC yg segar dr ladang. ak nk nengok dia buat sndr ABC tuh..pe brng mkn ABC da cyap packing..uh...
ak pulang dengan perasaan yg agak nestapa...=(

moral: kalo nk ABC segar dr ladang, sila pesan dulu..
(tajuk kemain pnjg..sebenarnya nk abc jew..ehekzzz...)

Monday, October 25, 2010

makan megi....tom nyumm...nyumm...nyummmm!!emma suap mango kat ak...hikkkk.....

Saturday, October 23, 2010

posting yg susah bg saya

Saya itu adalah saya (emma) :p ... aku tak fhm lah kenapa kdg2 sukar nak post new post aku.. haish... byk2 sabar la.. em, walaubagaimanapun thanks yg terus support aku okay... sayang korang!

Friday, October 22, 2010

Testing

satu dua tiga empat lima enam... kenapa enam pastu berenti membilang.. tah la hahahah

Wednesday, October 20, 2010

erti kawan, teman dan sahabat

Pernahkan anda terfikir tentang istilah kawan, sahabat dan teman? Ermm.....tidak ramai yang ambil kisah tentang maksudnya. Kalau anda bertanyakan soalan ini kepada sesiapa sahaja mesti jawapan mereka adalah sama iaitu “maksudnya sama, Cuma ejaan dan sebutan sahaja yang lain..” anda juga berfikir begitu bukan??

Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?

Pada pendapat saya, istilah atau peranan kawan adalah biasa dan longgar jika dibandingkan dengan sahabat dan teman. Pernahkah anda memdengar ayat ini: “kawan makan kawan”?

Ermmm.....mesti ramai yang mengetahuai maksud disebalik ayat itu atau mungkin anda juga pernah diperlakukan begitu.....hahaha....nasib... :) besar maksudnya sebab itulah kita tidak menggunakan istilah “teman makan teman” atau “sahabat makan sahabat”, kerana erti teman dan sahabat lebih besar maknanya. Pernahkah anda terfikir??

Saya terfikir kenapa kita lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat. Mungkin teman itu lagi sedap bunyinya ya..? Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa, teman tapi mesra? Hehe....malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup dan ada juga istilah teman sehidup dan semati

Kita tidak menggunakan istilah “sahabat” hidup dalam perhubungan antara suami isteri. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. 

Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk membawa berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Seperti kata-kata yang mungkin anda sudah biasa mendengarnya: “sahabat sejati sentiasa dihati”.

Pernahkah anda bertanya atau tertanya apakah status perhubungan anda bersama orang  yang anda fikirkan adalah “kawan, teman atau sahabat”? atau anda mungkin tidak mengambil kisah tentang maknanya janji anda ada tempat untuk ketawa bersama....ermmm....fikirkan....

Keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga perkataan ini. Carilah erti perhubungan anda.....adakah “KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT”? 


 ni kawan, teman dan sahabat saya






ni lak saya dan sahabat saya..ehekzz...

senyum....senyummmm....senyummmmmmmmmlahhhhhhhhh.......!!


tiap2 pg haku bangun dengan jaya nyer tuk g mandi di toilet yg terletak hampir2 2 kilo meter dr bilik haku (tipu jew...ehekzz...) dalam perjalanan, kekadang jumpa nga dak2 bilik sebelah dan dak2 sepanjang perjlnan nk g bilik air. dala bilik haku nga blik air antara penghujung dunia. hampepeh tul..almaklumla duk kolej..

well..haku yg terkenal dngan "si gadis manis" ni tersenyum tp hampeh..dibalas nyer dngan pandangan serong yg membuatkan haku rs nk terajang lipat makhluk Tuhan paling hodoh itu. dala xlawa, mahal senyuman lak tuh, lgla nmpk cam TAHI...!! nyampah mak..!!

haku bukan nk ckp ak lawa tp sweet tu adalah tp sebagai umat manusia yg idup dimuka Tuhan yg indah lg permai nih, kita haruslah bersedekah dan bermasyarakat. senyum tukan sedekah. cube kalo haku mntk duit, kompen xbgnyer.... aishhh...senyum pown kedekut..de emas ke berlian lam mulut ko tuh??


lg 1, ms haku ngah "catwalk" nk g koop, haku jumpa nga junior haku. alangkah suci murni nyer hati haku nk senyum kt dia tp hampeh seribu kali hampeh..dia lngsng xpandang petah lg nk melemparkan senyuman pada muka TAHI dia tuh. WAT DE FARK???? huh..!! haku rasa cam nk terajang jew idung dia pai lumat. 

p/s: senyumlah untuk mendapat pahala dan utk mengelakkan anda dimaki hamun oleh  haku..semestinya..

antara koleksi senyum yg paling menawan bg haku..




 
 sweettttttt......i like.... =)

julian casablancas
sayang saya yg cute miut. senyum ckit pown da manis gilerrr....
 

Tuesday, October 19, 2010

pojaaan limpa haku...

the strokes....

the strokes adalah band yang ditubuhkan pd tahun 1998 New York City. dianggotai oleh Julian Casablancas, Nick Valensi, Albert Hammond, Jr, Nikolai Friature, Fabrio Moretti yang mempertaruhkan genre alternative rock, indie rock, post punk dan garage rock.

band ni adalah band kesukaan haku. kalo xdenga lagu diorng lam sehari, jari2 kaki aku akn menjadi semut2. huk...well, ak minat diorng bab lagu diorng yg sngt2lh bes untuk menjadik senaman telinga haku nih..

lagipn dolo2 haku penahla ada skandal dengan julian casablancas tp hubungan kami xlama coz perbezaan agama dan adat resam..haku sngt kucewa..ish2...

  the strokes

"i masih sayangkan u, emma. come back too me plizzz..."


haku sangat bersemangat...
haku dalam mood semangat...yeahhh..!!!
SEMANGAT...!!!!
SEMANGAT.....!!!
SEMANGAT..!!!!
SEMANGAT..!!!
SEMANGAT...!!!!
....................................................
semangat.........!!!
semangat......
semangatttttt.....
semangattttt.........
ZZZzzzzzzZzzzzzzZzzZzZzzZZzZZZZZzZzzzzz..........

alolololololololo...


mn2 pown blh janji lena..

Monday, October 18, 2010

wanita cantik curang???

aku jumpa artikel ni lam tenet. ak xtau lak pe yg die tulis bab haku xbaca..
ye kew?? ermm....chek pown xtau nk habaq camna..
well...bg haku, benda ni terletak pd individu memasing. kalo nk curang xsemestinya yg lawo jew. 
mgkn perkataan curang tuh cam kasar, mgkn menambahkan koleksi pilihan lg sopan bunyi nyer... ehekzz...
yela..pepuan ni mstla nk laki yg leh jg idup nyer bkn nyusahkan..yg penting haku xterasa bab ak xdela cantik, sweet jew. ahakzzz.......
 


                                     agak nyer akak nih penah curang x????

aku bukan pemalas

aku bukan pemalas cuma xrajin jew..hek...
sebenarnya aku nih hangat2 taik hanjing jew..ms nk wak blog nih, berkobar2 semangat haku mengalahkan nk jwb exam. snggup lek awal kelas bab nk blik wak blog tp skrng haku da mls nk update. hekhek...mmg bagitu..hehe...
well...haku bukan malas cume bz nolong PM selesaikan mslh kebanjiran makhluk asing yang mendarat di muka bumi Malaysia nih. camne nk hapuskan menatang nih..
dala bwk penyakit...kekadang dibwk nyer lari anak2 dara pak cik taha, sedara mak su belah mak membe haku yang malatop tuh. kecewa tertonggeng pak cik hamdan bila tau Rogokiah (anak pak cik taha) dibawak lari ke lombok. xmakan petai (mknan rugi beliau) selama seminggu. cian haku nengok...da mcm kambing guruh da...
aa...kalo korang de senjata atau idea2 bernas, lehla kongsi nga haku camne nk hapuskan menatang tuh...sila apundi kencing ke 88876. tata....

undi..jgn xundi....





                       nila anak dara pak cik taha..comel kan?? rogokiah name nyer...

 

Wednesday, October 6, 2010

dalam perjalanan....

semalam (6/7/2010-jam berganjak pada waktu pagi yg dingin..)
dalam perjalanan ke mesin air gedegung gedegang bersama kwn haku yg "rapat", kami bersembang2 kosong. tetiba membe haku tuh bertanyakan soklan yang meyentap kepala lutut haku. rasa cam nk teralih otak haku denga soklan dia. pada pandangan negatif haku, soklan tuh macam soklan maut, blh diklefikasikan sebagai soklan terakhir drpd beliau (soklan org nk mati, ahakzzz..) begini soklan nyer: "ko seronok x kawan nga haku?". dengan menggunakan kuasa kuda padi, ak tuka topik cite sal benda laen.
dalam perjalanan yg hanya sekangkang ungka tuh, banyak kali gak ar beliau bertanyakan soklan yg sama. tp dengan menggunakan kebijaksanaan haku lagi, haku tukar topik.kenapa????
sebab ak xde jawapan tuk itu. lg 1 ak kompius nk jwb jujur kew tipu...kalo ak jwb tipu, dia kck aty, kalo ak jwb jujur kang takut idung beliau kembang kempis lak. 
sebenarnya bagi haku, keikhlasan dalam persahabatan tidak boleh diungkapkan dengan kata2. cukuplah dengan perbuatan cam amek berat, dengo masalah beliau, bagi dorongan dan sokongan moral dan boleh jgk bg penampo pulut panggang kalo beliau buat sesuatu yg menyalahi undang2 agama dan negara. bukan sesaja je bg adiah tuh tp tuk menyedarkan beliau yg ape yg beliau lakukan adalah salah n harus dihukum..
korang setuju x????

Tuesday, October 5, 2010

kisah kampung tali pusat berjela (bahagian 1)


“Assalamualaikum...” lunak suara gua memberi  salam. Gua pandang Siti Mawar sebelah gua. Dia ni nama jer Siti Mawar tapi kekadang bau dia cam mawar gugur selepas ribut taufan tsunami. Huk..dia tersengih macam kerang rebus tengok gua. Gua senyum ala kadar jew..malas nk senyum manis-manis, kang dia ingat gua nak bodek pulak. 

Gua garu kepala yang tertutup dengan tudung Yuna. Fesyen kata nyer.. “Agaknya xde orang kot Mawar”, interaksi gua kepada Siti Mawar. Dia hanya megangkat kedua2 belah tangannya yang jarinya tangan kirinya terlebih satu itu. Manik2 jernih sudah membasahi dahi gua yang terasa seram sejuk dengan persekitaran rumah Wak Supawi. Siti Mawar juga nampak gelisah pada pandangan serong gua pada dia. Seperti itik pulang petang lagaknya. ‘Uh..penakut’, hati gua berbicara.

“Waalaikummussalam...”. kedengaran suara garau ala2 Ramli Sarip dari dalam rumah kayu itu. Siti Mawar terus peluk gua. Gua terhenyak! Huh...terkejut monkey gua. Bukan terkejut dengan suara rock tu tapi terkejut dengan reaksi Siti Mawar. Nak aja gua hempuk dia dengan tiang seri rumah kayu tersebut sebab da memeranjatkan gua. “Woi..ape nih”, marah gua dengan nada perlahan takut didengari oleh isi rumah tersebut. Siti Mawar tersengih seraya melepaskan pegangan tangannya pada bahu gua. Gua nampak mukanya yang tegang setegang urat dawai..

Pintu dibuka dari dalam. Tersembullah wajah kerut sejuta rupee milik Wak Supawi. Gua dan Siti Mawar tersengih memandang susuk tubuh Wak Supawi yang perlahan2 menuruni eskulator rumah kayu tersebut. “GilaK canggih rumah nih!”, jerit hati kering gua.

Riak muka Wak Supawi seperti terganggu oleh kedatangan kami. Mungkin kerana kami menggangu tidor beliau kot. Agaknya kedatangan kami adalah pada waktu dan masa yang tidak sesuai. Eh..bukan agak, memang xsesuai kerana angka di jam tangan casio gua sudah menunjukkan pukul 11.59 malam. 

“Err..maaf wak kalo kami menganggu malam2 bute nih”, gua berbasi2 dengan Wak Supawi. 

“Kamu baru sampai ke”, suara rock Wak Supawi kedengaran di cuping telinga gua. Gua dan Siti Mawar mengangguk serentak. Agak takut dan cuak jugak bila bertemu dengan Wak Supawi nih. Yela, 1st time jumpa. Sebelum ni Cuma webcam lam YM jew..hekhek...

“Kamu nak pergi rumah tu sekarang kew nak check in rumah Wak dulu?”, Tanya Wak Supawi sambil mengusap2 bulu idungnya yang panjang. Nak termuntah gua melihat reaksi beliau. 

“Eh, boleh ke Wak?”, tanya Siti Mawar seperti kebingungan. Gua siku perut Siti Mawar menggunakan tenaga kuda padi gua. Dia mengaduh kesakitan. ‘Huh..mengada’, jeling manja gua pada Siti Mawar.

“Errr...xngapela wak, kami nak tengok umah tu sekarang. Kalo boleh nak tido disana jelah”, jawab gua dengan sopan dan santun. Wak Supawi berdehem dan berlalu masuk kerumah dengan menaiki eskulator. Lain bebeno bunyi nyer. Bulu roma gua yang gua bela sejak sekolah rendah lagi berdiri tegak.

“Beb, sorila aku siku ko. Mulut ko tuh...aish...jaga sikit. Kita ni kat tempat orang”, nasihat gua sambil mengangkat tangan kanan gua seperti pengceramah Ustazah Siti Nurbaiyah. Mak gua peminat dia tuh..huk..

 “Ala beb...aku mana tau xleh tanya soalan tu. Aku da ngantuk tahap labu sayong ni beb..mana wak nih?”, Siti Mawar membalas sambil mengosok2 matanya yang sepet seperti ikan sepat.

 “Woit, dari kl sampai sini aku yg drive, sedangkan ko membuta je kat sebelah xde plak aku mengantukkan?”,jerit gua pada Siti Mawar. Dia Cuma tersengih2 jer. Da tau bersalahlah tu..huh..

“Apa bising2 ni?”, tegur Wak Supawi yang keluar dengan denim Levi’s  dan baju pagoda. Dicover dengan baju kot diluar. ‘pergh..macam nak g present BEL  pulak’, gua berintonasi sendiri. Siti Mawar pandang gua serong lalu mengangkat keningnya seperti The Rock sambil tersengih. Gua tidak megerti maksud yang tersurat dan tersirat pada pandangan mata sepet beliau.

“Ayuh..berangkat sekarang”, ajak Wak Supawi sambil menyarung kasut crop bersama stoking cap adibas.

“Jauh tak wak dari sini?”, Tanya Siti Mawar yang sejak dari tadi ternganga memandang Wak Supawi. Mungkin kagum dengan dress up Wak Supawi mungkin.

“Lebih tak kurang  2 jamla, itu ponw kalo jalan kaki”, jawab Wak Supawi sambil ketawa terkedek2. Gua pandang Siti Mawar, Siti Mawar pandang gua. Kami mengangkat bahu.

Setelah melihat tiada respon baik daripada kami, Wak Supawi men’pause’kan ketawanya. 

“Kamo naik kereta ye?”, Tanya Wak Supawi. Kami menangguk. Sudah terang lagi bersuluh Kalimantan kami menaiki kerana kami sedang bersandar pada bonet kereta ketika itu. Mungkin Wak Supawi masih berada di’lala land’ pada waktu itu. 

“Tak pelah, kamo naik kereta, wak naik basikal”, terang Wak Supawi sambil mengheret keluar basikalnya dari garaj rumah kayu tersebut. 

“Eh, wak..naikla dengan kami sekali. Kang jauh...”, gua berbasi lagi.

“Tak pela, nati wak nak balik senang”, terang Wak Supawi sambil bersedia untuk megayuh basikal BMX nyer.

Kami menangguk dan berlalu menghidupkan enjin kereta Proton Saga buatan Malaysia. Kami membuntut Wak Supawi dari belakang. Suasana Kampung Tali Pusat Berjela itu sangat gelap dan sunyi. Wak Supawi mengayuh basikal BMX nyer hanya menggunakan lampu dari kereta gua jer. 

‘Sangat berani wak ni”, gua berdialog lagi. Gua pandang Siti Mawar yang berada disebelah dan kelihatan sudah mahu terlelap.  Gua mencebit.

Gua kembali menumpukan perhatian pada pemanduan gua. Almaklumla, kali pertama melaluai jalan tersebut. Tiba2 gua sentap! Eh...mana Wak Supawi?? Takkan pecut laju sangat kot??

Gua pandang kiri kanan. Tak ada? Dia belok kanan kah? Kiri kah? Tapi tiada simpang atau jalan bengkok bengkang. Hanya jalan lurus jew. Kiri kanan jalan Cuma ada parit yang gua tak pasti kedalaman nyer kerana malam gelap gelita. Gua cuak...

bersambung........

kenapa selepas jaga??

ehem....
assalamualaikum w.b.t kepada pembaca2, pengemar blog, sahabat handai, sedara mare. adik badik ibu bapak n sesiapa jua yg ingin mengenali blog haku yg tak seberapa nih. (ahakz..br blaja wak blog..). ak bukan nyer hape..ak ni pengemar mengeja @ membaca. ak akan singgah mn2 blog yang terlintas depan mata haku tiap2 ary. so, drpd minat membaca tuh timbul lak minat nk menulis blog sendr. hakzz...
wokehla...ak sebenarnya nk cite pesal nm blog haku nih "selepas jaga". sebenarnya bab kata member haku, "selepas jaga" ni bermaksud selepas bangun tido. yelahkan, manusia normal akn tido 8 jam sehari kcuali dak2 art n design. ahakzz....ak juga termasuk lam manusia yg kureng normal. hak...peda....
"selepas jaga" bermaksud ak akn @ mungkin akan meng"update" blog haku nih selepas ak bagun dr berhalusinasi. bab pada pemikiran kreatif n inovatif haku nih, ms tido bnyk benda yg haku kadang2 fikir (xtaula kalo korang camne lak).
okehla..tanpa membuang masa yg memang terbuang nih, terimalah..!!
"selepas jaga"!!!
selamat membaca... =)