Wednesday, October 20, 2010

erti kawan, teman dan sahabat

Pernahkan anda terfikir tentang istilah kawan, sahabat dan teman? Ermm.....tidak ramai yang ambil kisah tentang maksudnya. Kalau anda bertanyakan soalan ini kepada sesiapa sahaja mesti jawapan mereka adalah sama iaitu “maksudnya sama, Cuma ejaan dan sebutan sahaja yang lain..” anda juga berfikir begitu bukan??

Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?

Pada pendapat saya, istilah atau peranan kawan adalah biasa dan longgar jika dibandingkan dengan sahabat dan teman. Pernahkah anda memdengar ayat ini: “kawan makan kawan”?

Ermmm.....mesti ramai yang mengetahuai maksud disebalik ayat itu atau mungkin anda juga pernah diperlakukan begitu.....hahaha....nasib... :) besar maksudnya sebab itulah kita tidak menggunakan istilah “teman makan teman” atau “sahabat makan sahabat”, kerana erti teman dan sahabat lebih besar maknanya. Pernahkah anda terfikir??

Saya terfikir kenapa kita lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat. Mungkin teman itu lagi sedap bunyinya ya..? Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa, teman tapi mesra? Hehe....malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup dan ada juga istilah teman sehidup dan semati

Kita tidak menggunakan istilah “sahabat” hidup dalam perhubungan antara suami isteri. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. 

Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk membawa berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Seperti kata-kata yang mungkin anda sudah biasa mendengarnya: “sahabat sejati sentiasa dihati”.

Pernahkah anda bertanya atau tertanya apakah status perhubungan anda bersama orang  yang anda fikirkan adalah “kawan, teman atau sahabat”? atau anda mungkin tidak mengambil kisah tentang maknanya janji anda ada tempat untuk ketawa bersama....ermmm....fikirkan....

Keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga perkataan ini. Carilah erti perhubungan anda.....adakah “KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT”? 


 ni kawan, teman dan sahabat saya






ni lak saya dan sahabat saya..ehekzz...

6 comments: