Monday, October 25, 2010

makan megi....tom nyumm...nyumm...nyummmm!!emma suap mango kat ak...hikkkk.....

Saturday, October 23, 2010

posting yg susah bg saya

Saya itu adalah saya (emma) :p ... aku tak fhm lah kenapa kdg2 sukar nak post new post aku.. haish... byk2 sabar la.. em, walaubagaimanapun thanks yg terus support aku okay... sayang korang!

Friday, October 22, 2010

Testing

satu dua tiga empat lima enam... kenapa enam pastu berenti membilang.. tah la hahahah

Wednesday, October 20, 2010

erti kawan, teman dan sahabat

Pernahkan anda terfikir tentang istilah kawan, sahabat dan teman? Ermm.....tidak ramai yang ambil kisah tentang maksudnya. Kalau anda bertanyakan soalan ini kepada sesiapa sahaja mesti jawapan mereka adalah sama iaitu “maksudnya sama, Cuma ejaan dan sebutan sahaja yang lain..” anda juga berfikir begitu bukan??

Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?

Pada pendapat saya, istilah atau peranan kawan adalah biasa dan longgar jika dibandingkan dengan sahabat dan teman. Pernahkah anda memdengar ayat ini: “kawan makan kawan”?

Ermmm.....mesti ramai yang mengetahuai maksud disebalik ayat itu atau mungkin anda juga pernah diperlakukan begitu.....hahaha....nasib... :) besar maksudnya sebab itulah kita tidak menggunakan istilah “teman makan teman” atau “sahabat makan sahabat”, kerana erti teman dan sahabat lebih besar maknanya. Pernahkah anda terfikir??

Saya terfikir kenapa kita lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat. Mungkin teman itu lagi sedap bunyinya ya..? Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa, teman tapi mesra? Hehe....malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup dan ada juga istilah teman sehidup dan semati

Kita tidak menggunakan istilah “sahabat” hidup dalam perhubungan antara suami isteri. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. 

Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk membawa berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Seperti kata-kata yang mungkin anda sudah biasa mendengarnya: “sahabat sejati sentiasa dihati”.

Pernahkah anda bertanya atau tertanya apakah status perhubungan anda bersama orang  yang anda fikirkan adalah “kawan, teman atau sahabat”? atau anda mungkin tidak mengambil kisah tentang maknanya janji anda ada tempat untuk ketawa bersama....ermmm....fikirkan....

Keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga perkataan ini. Carilah erti perhubungan anda.....adakah “KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT”? 


 ni kawan, teman dan sahabat saya






ni lak saya dan sahabat saya..ehekzz...

senyum....senyummmm....senyummmmmmmmmlahhhhhhhhh.......!!


tiap2 pg haku bangun dengan jaya nyer tuk g mandi di toilet yg terletak hampir2 2 kilo meter dr bilik haku (tipu jew...ehekzz...) dalam perjalanan, kekadang jumpa nga dak2 bilik sebelah dan dak2 sepanjang perjlnan nk g bilik air. dala bilik haku nga blik air antara penghujung dunia. hampepeh tul..almaklumla duk kolej..

well..haku yg terkenal dngan "si gadis manis" ni tersenyum tp hampeh..dibalas nyer dngan pandangan serong yg membuatkan haku rs nk terajang lipat makhluk Tuhan paling hodoh itu. dala xlawa, mahal senyuman lak tuh, lgla nmpk cam TAHI...!! nyampah mak..!!

haku bukan nk ckp ak lawa tp sweet tu adalah tp sebagai umat manusia yg idup dimuka Tuhan yg indah lg permai nih, kita haruslah bersedekah dan bermasyarakat. senyum tukan sedekah. cube kalo haku mntk duit, kompen xbgnyer.... aishhh...senyum pown kedekut..de emas ke berlian lam mulut ko tuh??


lg 1, ms haku ngah "catwalk" nk g koop, haku jumpa nga junior haku. alangkah suci murni nyer hati haku nk senyum kt dia tp hampeh seribu kali hampeh..dia lngsng xpandang petah lg nk melemparkan senyuman pada muka TAHI dia tuh. WAT DE FARK???? huh..!! haku rasa cam nk terajang jew idung dia pai lumat. 

p/s: senyumlah untuk mendapat pahala dan utk mengelakkan anda dimaki hamun oleh  haku..semestinya..

antara koleksi senyum yg paling menawan bg haku..




 
 sweettttttt......i like.... =)

julian casablancas
sayang saya yg cute miut. senyum ckit pown da manis gilerrr....
 

Tuesday, October 19, 2010

pojaaan limpa haku...

the strokes....

the strokes adalah band yang ditubuhkan pd tahun 1998 New York City. dianggotai oleh Julian Casablancas, Nick Valensi, Albert Hammond, Jr, Nikolai Friature, Fabrio Moretti yang mempertaruhkan genre alternative rock, indie rock, post punk dan garage rock.

band ni adalah band kesukaan haku. kalo xdenga lagu diorng lam sehari, jari2 kaki aku akn menjadi semut2. huk...well, ak minat diorng bab lagu diorng yg sngt2lh bes untuk menjadik senaman telinga haku nih..

lagipn dolo2 haku penahla ada skandal dengan julian casablancas tp hubungan kami xlama coz perbezaan agama dan adat resam..haku sngt kucewa..ish2...

  the strokes

"i masih sayangkan u, emma. come back too me plizzz..."


haku sangat bersemangat...
haku dalam mood semangat...yeahhh..!!!
SEMANGAT...!!!!
SEMANGAT.....!!!
SEMANGAT..!!!!
SEMANGAT..!!!
SEMANGAT...!!!!
....................................................
semangat.........!!!
semangat......
semangatttttt.....
semangattttt.........
ZZZzzzzzzZzzzzzzZzzZzZzzZZzZZZZZzZzzzzz..........

alolololololololo...


mn2 pown blh janji lena..

Monday, October 18, 2010

wanita cantik curang???

aku jumpa artikel ni lam tenet. ak xtau lak pe yg die tulis bab haku xbaca..
ye kew?? ermm....chek pown xtau nk habaq camna..
well...bg haku, benda ni terletak pd individu memasing. kalo nk curang xsemestinya yg lawo jew. 
mgkn perkataan curang tuh cam kasar, mgkn menambahkan koleksi pilihan lg sopan bunyi nyer... ehekzz...
yela..pepuan ni mstla nk laki yg leh jg idup nyer bkn nyusahkan..yg penting haku xterasa bab ak xdela cantik, sweet jew. ahakzzz.......
 


                                     agak nyer akak nih penah curang x????

aku bukan pemalas

aku bukan pemalas cuma xrajin jew..hek...
sebenarnya aku nih hangat2 taik hanjing jew..ms nk wak blog nih, berkobar2 semangat haku mengalahkan nk jwb exam. snggup lek awal kelas bab nk blik wak blog tp skrng haku da mls nk update. hekhek...mmg bagitu..hehe...
well...haku bukan malas cume bz nolong PM selesaikan mslh kebanjiran makhluk asing yang mendarat di muka bumi Malaysia nih. camne nk hapuskan menatang nih..
dala bwk penyakit...kekadang dibwk nyer lari anak2 dara pak cik taha, sedara mak su belah mak membe haku yang malatop tuh. kecewa tertonggeng pak cik hamdan bila tau Rogokiah (anak pak cik taha) dibawak lari ke lombok. xmakan petai (mknan rugi beliau) selama seminggu. cian haku nengok...da mcm kambing guruh da...
aa...kalo korang de senjata atau idea2 bernas, lehla kongsi nga haku camne nk hapuskan menatang tuh...sila apundi kencing ke 88876. tata....

undi..jgn xundi....





                       nila anak dara pak cik taha..comel kan?? rogokiah name nyer...

 

Wednesday, October 6, 2010

dalam perjalanan....

semalam (6/7/2010-jam berganjak pada waktu pagi yg dingin..)
dalam perjalanan ke mesin air gedegung gedegang bersama kwn haku yg "rapat", kami bersembang2 kosong. tetiba membe haku tuh bertanyakan soklan yang meyentap kepala lutut haku. rasa cam nk teralih otak haku denga soklan dia. pada pandangan negatif haku, soklan tuh macam soklan maut, blh diklefikasikan sebagai soklan terakhir drpd beliau (soklan org nk mati, ahakzzz..) begini soklan nyer: "ko seronok x kawan nga haku?". dengan menggunakan kuasa kuda padi, ak tuka topik cite sal benda laen.
dalam perjalanan yg hanya sekangkang ungka tuh, banyak kali gak ar beliau bertanyakan soklan yg sama. tp dengan menggunakan kebijaksanaan haku lagi, haku tukar topik.kenapa????
sebab ak xde jawapan tuk itu. lg 1 ak kompius nk jwb jujur kew tipu...kalo ak jwb tipu, dia kck aty, kalo ak jwb jujur kang takut idung beliau kembang kempis lak. 
sebenarnya bagi haku, keikhlasan dalam persahabatan tidak boleh diungkapkan dengan kata2. cukuplah dengan perbuatan cam amek berat, dengo masalah beliau, bagi dorongan dan sokongan moral dan boleh jgk bg penampo pulut panggang kalo beliau buat sesuatu yg menyalahi undang2 agama dan negara. bukan sesaja je bg adiah tuh tp tuk menyedarkan beliau yg ape yg beliau lakukan adalah salah n harus dihukum..
korang setuju x????

Tuesday, October 5, 2010

kisah kampung tali pusat berjela (bahagian 1)


“Assalamualaikum...” lunak suara gua memberi  salam. Gua pandang Siti Mawar sebelah gua. Dia ni nama jer Siti Mawar tapi kekadang bau dia cam mawar gugur selepas ribut taufan tsunami. Huk..dia tersengih macam kerang rebus tengok gua. Gua senyum ala kadar jew..malas nk senyum manis-manis, kang dia ingat gua nak bodek pulak. 

Gua garu kepala yang tertutup dengan tudung Yuna. Fesyen kata nyer.. “Agaknya xde orang kot Mawar”, interaksi gua kepada Siti Mawar. Dia hanya megangkat kedua2 belah tangannya yang jarinya tangan kirinya terlebih satu itu. Manik2 jernih sudah membasahi dahi gua yang terasa seram sejuk dengan persekitaran rumah Wak Supawi. Siti Mawar juga nampak gelisah pada pandangan serong gua pada dia. Seperti itik pulang petang lagaknya. ‘Uh..penakut’, hati gua berbicara.

“Waalaikummussalam...”. kedengaran suara garau ala2 Ramli Sarip dari dalam rumah kayu itu. Siti Mawar terus peluk gua. Gua terhenyak! Huh...terkejut monkey gua. Bukan terkejut dengan suara rock tu tapi terkejut dengan reaksi Siti Mawar. Nak aja gua hempuk dia dengan tiang seri rumah kayu tersebut sebab da memeranjatkan gua. “Woi..ape nih”, marah gua dengan nada perlahan takut didengari oleh isi rumah tersebut. Siti Mawar tersengih seraya melepaskan pegangan tangannya pada bahu gua. Gua nampak mukanya yang tegang setegang urat dawai..

Pintu dibuka dari dalam. Tersembullah wajah kerut sejuta rupee milik Wak Supawi. Gua dan Siti Mawar tersengih memandang susuk tubuh Wak Supawi yang perlahan2 menuruni eskulator rumah kayu tersebut. “GilaK canggih rumah nih!”, jerit hati kering gua.

Riak muka Wak Supawi seperti terganggu oleh kedatangan kami. Mungkin kerana kami menggangu tidor beliau kot. Agaknya kedatangan kami adalah pada waktu dan masa yang tidak sesuai. Eh..bukan agak, memang xsesuai kerana angka di jam tangan casio gua sudah menunjukkan pukul 11.59 malam. 

“Err..maaf wak kalo kami menganggu malam2 bute nih”, gua berbasi2 dengan Wak Supawi. 

“Kamu baru sampai ke”, suara rock Wak Supawi kedengaran di cuping telinga gua. Gua dan Siti Mawar mengangguk serentak. Agak takut dan cuak jugak bila bertemu dengan Wak Supawi nih. Yela, 1st time jumpa. Sebelum ni Cuma webcam lam YM jew..hekhek...

“Kamu nak pergi rumah tu sekarang kew nak check in rumah Wak dulu?”, Tanya Wak Supawi sambil mengusap2 bulu idungnya yang panjang. Nak termuntah gua melihat reaksi beliau. 

“Eh, boleh ke Wak?”, tanya Siti Mawar seperti kebingungan. Gua siku perut Siti Mawar menggunakan tenaga kuda padi gua. Dia mengaduh kesakitan. ‘Huh..mengada’, jeling manja gua pada Siti Mawar.

“Errr...xngapela wak, kami nak tengok umah tu sekarang. Kalo boleh nak tido disana jelah”, jawab gua dengan sopan dan santun. Wak Supawi berdehem dan berlalu masuk kerumah dengan menaiki eskulator. Lain bebeno bunyi nyer. Bulu roma gua yang gua bela sejak sekolah rendah lagi berdiri tegak.

“Beb, sorila aku siku ko. Mulut ko tuh...aish...jaga sikit. Kita ni kat tempat orang”, nasihat gua sambil mengangkat tangan kanan gua seperti pengceramah Ustazah Siti Nurbaiyah. Mak gua peminat dia tuh..huk..

 “Ala beb...aku mana tau xleh tanya soalan tu. Aku da ngantuk tahap labu sayong ni beb..mana wak nih?”, Siti Mawar membalas sambil mengosok2 matanya yang sepet seperti ikan sepat.

 “Woit, dari kl sampai sini aku yg drive, sedangkan ko membuta je kat sebelah xde plak aku mengantukkan?”,jerit gua pada Siti Mawar. Dia Cuma tersengih2 jer. Da tau bersalahlah tu..huh..

“Apa bising2 ni?”, tegur Wak Supawi yang keluar dengan denim Levi’s  dan baju pagoda. Dicover dengan baju kot diluar. ‘pergh..macam nak g present BEL  pulak’, gua berintonasi sendiri. Siti Mawar pandang gua serong lalu mengangkat keningnya seperti The Rock sambil tersengih. Gua tidak megerti maksud yang tersurat dan tersirat pada pandangan mata sepet beliau.

“Ayuh..berangkat sekarang”, ajak Wak Supawi sambil menyarung kasut crop bersama stoking cap adibas.

“Jauh tak wak dari sini?”, Tanya Siti Mawar yang sejak dari tadi ternganga memandang Wak Supawi. Mungkin kagum dengan dress up Wak Supawi mungkin.

“Lebih tak kurang  2 jamla, itu ponw kalo jalan kaki”, jawab Wak Supawi sambil ketawa terkedek2. Gua pandang Siti Mawar, Siti Mawar pandang gua. Kami mengangkat bahu.

Setelah melihat tiada respon baik daripada kami, Wak Supawi men’pause’kan ketawanya. 

“Kamo naik kereta ye?”, Tanya Wak Supawi. Kami menangguk. Sudah terang lagi bersuluh Kalimantan kami menaiki kerana kami sedang bersandar pada bonet kereta ketika itu. Mungkin Wak Supawi masih berada di’lala land’ pada waktu itu. 

“Tak pelah, kamo naik kereta, wak naik basikal”, terang Wak Supawi sambil mengheret keluar basikalnya dari garaj rumah kayu tersebut. 

“Eh, wak..naikla dengan kami sekali. Kang jauh...”, gua berbasi lagi.

“Tak pela, nati wak nak balik senang”, terang Wak Supawi sambil bersedia untuk megayuh basikal BMX nyer.

Kami menangguk dan berlalu menghidupkan enjin kereta Proton Saga buatan Malaysia. Kami membuntut Wak Supawi dari belakang. Suasana Kampung Tali Pusat Berjela itu sangat gelap dan sunyi. Wak Supawi mengayuh basikal BMX nyer hanya menggunakan lampu dari kereta gua jer. 

‘Sangat berani wak ni”, gua berdialog lagi. Gua pandang Siti Mawar yang berada disebelah dan kelihatan sudah mahu terlelap.  Gua mencebit.

Gua kembali menumpukan perhatian pada pemanduan gua. Almaklumla, kali pertama melaluai jalan tersebut. Tiba2 gua sentap! Eh...mana Wak Supawi?? Takkan pecut laju sangat kot??

Gua pandang kiri kanan. Tak ada? Dia belok kanan kah? Kiri kah? Tapi tiada simpang atau jalan bengkok bengkang. Hanya jalan lurus jew. Kiri kanan jalan Cuma ada parit yang gua tak pasti kedalaman nyer kerana malam gelap gelita. Gua cuak...

bersambung........

kenapa selepas jaga??

ehem....
assalamualaikum w.b.t kepada pembaca2, pengemar blog, sahabat handai, sedara mare. adik badik ibu bapak n sesiapa jua yg ingin mengenali blog haku yg tak seberapa nih. (ahakz..br blaja wak blog..). ak bukan nyer hape..ak ni pengemar mengeja @ membaca. ak akan singgah mn2 blog yang terlintas depan mata haku tiap2 ary. so, drpd minat membaca tuh timbul lak minat nk menulis blog sendr. hakzz...
wokehla...ak sebenarnya nk cite pesal nm blog haku nih "selepas jaga". sebenarnya bab kata member haku, "selepas jaga" ni bermaksud selepas bangun tido. yelahkan, manusia normal akn tido 8 jam sehari kcuali dak2 art n design. ahakzz....ak juga termasuk lam manusia yg kureng normal. hak...peda....
"selepas jaga" bermaksud ak akn @ mungkin akan meng"update" blog haku nih selepas ak bagun dr berhalusinasi. bab pada pemikiran kreatif n inovatif haku nih, ms tido bnyk benda yg haku kadang2 fikir (xtaula kalo korang camne lak).
okehla..tanpa membuang masa yg memang terbuang nih, terimalah..!!
"selepas jaga"!!!
selamat membaca... =)